loading...

Wednesday

“AKU PERCAYA TUHAN TU ADA TAPI AKU TAK MAHU IKUT, AKU MALAS!” LELAKI MELAYU ISYTIHAR MURTAD DI TWITTER

Tidak diketahui apa punca seorang lelaki mengaku telah murtad di Twitter. Mungkinkah ini salah satu caranya untuk lariskan produk? Entahlah…
Orkid Anggerik, @phleumic atau nama sebenar, M. Faiz Syahmi mengisytiharkan dirinya telah murtad. Namun, dia mengakui bahawa dia percaya Tuhan itu wujud.
Faiz bagaimanapun memilih nama Yuen Zhou sebagai nama barunya. Namun, bimbang dimarahi oleh kaum cina, maka dia menukar kepada nama lain. Faiz mengaku, semasa dirinya masih islam, dia juga adalah seorang pendakwah dan pendekar islam.
Bagi Faiz, Islam tiada lagi fungsinya di dunia ini. Faiz juga menjelaskan dia tidak berbangga beragama Islam. Bukannya dia tidak mahu ikut, tetapi dek malas dan malas nak mempercayai islam lagi.
Dalam masa yang sama, Faiz masih belum memberitahu keluarganya mengenai status murtadnya itu dan dia menjangkakan perkara ini akan menjadi viral di media sosial dan media cetak tidak lama lagi.




Semudah itu lelaki ini mengisytiharkan dirinya murtad. Mohon pihak jabatan agama mengambil tindakan serta merta terhadap lelaki ini dan beruskan secukup-cukupnya kepala lelaki ini agar dia bertaubat dan sedar bahawa apa yang diucapkannya itu boleh membinasakan masa depannya di dunia dan akhirat.
Sumber: Amazing Nara
– Inilah akibat jika meninggalkan hukum Allah, agama sudah tidak terjaga. Kalau kita nak harapkan pemerintah hendak laksanakan hukum Allah entah bila. Terlalu jaga hati kaum lain sehingga mengabaikan perintah Allah.
– Jika benar Malaun di atas nie memang murtad, memang hukumnya wajib dibunuh kerana maruah Islam wajib dipelihara. Moga Allah memberi pancaran cahaya hidayah supaya kembali kepada fitrah Islam..
Dari Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لاَ يَحِلُّ دَمُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ، يَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنِّي رَسُولُ اللَّهِ، إِلَّا بِإِحْدَى ثَلاَثٍ: النَّفْسُ بِالنَّفْسِ، وَالثَّيِّبُ الزَّانِي، وَالمَارِقُ مِنَ الدِّينِ
التَّارِكُ لِلْجَمَاعَةِ
”Tidak halal darah seorang muslim yang bersaksi laa ilaaha illallah dan bahwa aku utusan Allah, kecuali kerana tiga hal: nyawa dibalas nyawa, orang yang berzina setelah menikah, dan orang yang meninggalkan agamanya, memisahkan diri dari jamaah kaum muslimin.” (HR. Bukhari 6878, Muslim 1676, Nasai 4016, dan yang lainnya).
Dalam hadis lain, dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوهُ
”Siapa yang mengganti agamanya, bunuhlah dia.” (HR. Bukhari 3017, Nasai 4059, dan yang lainnya)
Makna: ’Mengganti agama’: murtad, keluar dari islam. Karena hadis ini dimasukkan para ulama hadis dalam pembahasan hukuman orang yang murtad. ( Wallahualam )
Sumber:tambahcheeze

Suami tusuk batang penyapu di pipi

Kuala Lumpur: Suri rumah cedera akibat tertusuk batang kayu penyapu di pipi kiri selepas dipukul suami ketika mereka bertengkar di kediaman pasangan itu di apartmen Centerpoint, Batu Caves, di sini, jam 9.30 pagi Sabtu lalu.
Mangsa yang berusia 28 tahun dibawa ke Hospital Selayang dan menerima dua jahitan.


Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila suami mangsa yang berusia 31 tahun pulang ke rumah selepas semalaman menghilangkan diri.
“Mangsa bertanya kepada suaminya ke mana dia pergi. Lelaki terbabit yang berang mengambil batang penyapu lantas memukul mangsa dan anak mereka.
“Mangsa mendakwa suaminya merampas telefon bimbit dan kad pengenalannya bagi menghalang dia keluar rumah,” katanya, semalam.
sumber:hmetro

Gadis Meninggal Kerana Rahim PECAH Gara² Mengandung Selepas Beberapa Bulan Bersalin !!!

Sila baca dan ambil perhatian, lebih-lebih lagi buat wanita yang baru melahirkan anak. Seorang wanita bernama Zhang berusia 23 tahun, kerana keadaan tubuhnya, dia merupakan wanita yang sangat sukar untuk hamil. Namun dengan pelbagai berusaha, akhirnya dia berjaya hamil.
Sewaktu kehamilan, dia sentiasa berhati-hati, keluarganya juga menjaganya. Selama hamil dia juga mengalami rasa loya dan muntah, namun demi anaknya, semua ini boleh dilalui.
Selama kehamilan, dia juga menjaga hubungan intim dengan suami, kerana takut ini akan mempengaruhi bayi di dalam kandungan. Setelah tiba masanya, akhirnya Zhang melahirkan seorang bayi perempuan dengan proses caesar, pasangan ini sangat bahagia. Demi kesihatan anaknya, Zhang memilih untuk menyusukan bayinya sendiri, Tidak lama selepas itu, Zhang rasa mual lagi dan hamil lagi untuk yang kedua kali.
Setelah mertuanya tahu, tentulah mertua sangat gembira, dia rasa ini adalah berita baik yang terus-menerus dari keluarga Zhang. Tentunya, dirasakan ini adalah rezeki, mereka tidak mahu membuangnya. Semasa dia membuat pemeriksaan doktor, doktor sangat terkejut kerana berpendapat apa yang dilakukan Zhang ini sangatlah berbahaya dan menyarankan dia untuk menggugurkan kandungannya segera. Namun kerana keluarga berkeras hati, akhirnya dia pulang dan tidak mengugurkan kandungannya.
Setelah hamil 4 bulan, semasa sedang minum air, tanpa sengaja dia tersedak dan siapa sangka dia terbatuk dan menyebabkan rahimnya pecah dan mengalami pendarahan. Kerana terkejut, dia terus ke hospital, namun di tengah perjalanan, Zhang sudah tidak bernafas lagi, akhirnya keluarga Zhang kehilangan dua nyawa ibu dan anak sekaligus.
Ramai para ibu yang menyusukan anak, sewaktu menyusui, mereka tidak akan hamil, akhirnya mereka tidak menjaga hubungan intim semasa dalam tempoh berpantang. Ini salah besar, selepas melahirkan anak, 2-3 bulan adalah proses penyembuhan rahim, boleh saja untuk hamil lagi, namun ini kurang baik bagi tubuh wanita kerana satu cabaran yang sangat besar.
Seperti Zhang yang baru melahirkan dengan operasi caesar, memang tidak disyorkan untuk terus hamil kerana sangatlah berbahaya buat dirinya.
Wanita sekalian, berhati-hatilah dan buat pemeriksaan doktor ya! Sebaiknya, bagi jarak masa antara anak pertama dan anak yang seterusnya
sumber:http://www.viralkami.com

KUN FAYA KUN, ALLAH NAK TUNJUK ISTERI AKU CURANG

Salam semua. Semalam terbaca kisah suami yang ada isteri curang tapi sayang nak cerai. Bro, kisah kita sama tapi jalan cerita lain. Kat sini, aku share sikit pasal hidup aku. Bismillah…
Usia perkahwinan aku 10 tahun, aku ada anak sulung umur 6 tahun dan anak kecik 2 tahun. Aku kerja kontraktor, jadi aku selalu outstation. Ada satu hari, aku outstation kat muar. Tapi hati aku tergerak sangat nak balik JB, aku rindu rumah, rindu anak2, rindu nak tengok muka bini aku. Masa tu tak ada smartphone lagi.
Aku sanggup gerak balik JB. Sampai rumah, tahu aku nampak apa? Kun faya kun, Allah nak tunjuk pada aku. Isteri aku dengan jantan lain dalam rumah, anak kecik aku merengek sorang kt luar. Masing2 tengah pakai baju masa aku sampai. Nampak muka aku, lintang pukang jantan tu lari. Isteri aku dah merayu-rayu minta maaf jangan cerai. Aku terdiam. Aku nak mengamuk, aku nak marah. Aku tak ada kekuatan nak lafaz cerai masa tu. Aku tengok muka anak, aku kesian. Kesian anak-anak aku.
Sejak hari tu, aku tak ambil projek luar. aku main dalam JB je, dekat dengan rumah. Aku tak lekat dekat rumah, duduk rumah aku terbayang bini aku dengan jantan tu. Aku tengok muka anak aku, aku kesian. Aku solat pergi masjid, subuh pun aku pergi masjid. Kat rumah aku rasa serba tak kena. Bab jimak, isteri aku selalu kata penat kerja. Aku tidur kat ruang tamu. Aku maafkan isteri aku. Untuk lupakan, susah…
Kemudian, selepas setahun. Aku tak dapat projek besar, kerja kecik2 pun takde. Aku duduk rumah, duit aku cukup tanggung anak bini. Sambil tu aku amik upah pasang paip, upah repair rumah. Alhamdulillah, rezeki sentiasa ada.. isteri aku, dia kata aku duduk rumah macam tanggung biawak hidup. Kenapa? Aku duduk rumah bukan duduk saja. Aku tolong dia urus anak, urus makan. Duit bukan aku tak bagi. Tak apa lah, aku diam.
Tak lama lepas tu, aku dapat projek dengan SAJ. Ada rezeki lebih, isteri aku minta hadiah kereta sempena hari lahir dia. Aku belikan. Anak sulung aku minta motor, aku belikan. Anak kecik aku minta gadget, aku belikan. Kali ni, masa kami on the way balik kampung. Ada sorang perempuan call bini aku maki2, aku kat seat driver boleh dengar suara perempuan tu maki bini aku. Bini aku kacau laki orang? Dalam hati aku sabar. Anak2 kat belakang. Bini aku tak mengaku, dia minta aku backup dia. Aku tak masuk campur. Sampai kampung, aku check handphone bini aku. Alhamdulillah, Allah tunjuk lagi. Bini aku kata, sekarang kat kampung.. nak gaduh tunggu balik JB. Takpe lah.. aku malas nak gaduh. Aku pun dah sampai tahap malas fikir bini aku lagi. Aku fikir anak2 aku. Apa nasib diorang.
Beberapa bulan selepas, aku berkenan dengan sorang anak dara. Perasaan aku jumpa budak ni, sama macam mula2 jumpa bini aku dulu. Tengok muka budak ni tenang hati aku, hilang beban otak fikir masalah. Aku nak ngorat, tapi budak ni jual mahal. Nak tak nak, aku bagitau bini aku.. Aku nak kawin lagi satu. Bini aku mengamuk. Dia tanya perempuan mana, dah berapa lama. Aku gelak. Tak pernah bini aku ‘caring’ macam tu. Sayang rupenye… Aku bawa jumpa dengan budak tu. Budak tu tak percaya aku nak buat dia jadi bini.
Sejak aku nak kawin baru, bini aku kata aku nak balas dendam. Bukan balas dendam, tapi pengajaran. Aku tunjuk gambar budak tu kat mak aku, mak aku pun suka. Bini aku, susah sikit. Macam main tarik tali. Setahun aku main tarik tali dengan bini aku. Akhirnya bini aku suruh nikah siam. Sebab malu dengan orang kampung nanti, tapi dah terlambat.
Bapak mertua aku dah kecoh satu kampung, aku nak kawin lagi. Untuk makluman, bapak mertua aku kawin 4 sebab tu bini aku anti poligami. Mak mertua aku merupakan isteri pertama. Masa berita aku nak kawin lagi satu kecoh, adik beradik ipar aku sibuk serang bakal bini muda aku tu. Kena maki bakal bini muda aku tu. Tapi dia rilek je. Rupanya bini aku selama ni bercerita pasal aku nak kawin lagi kat adik beradik dia. Aku diburukkan dekat keluarga mertua. Tapi, aku tak heran. Aku nak cari bahagia aku. Bini aku mendesak cerai, cerai dan cerai. Atas alasan aku dayus sebab dulu tak ceraikan dia.
Sekali lafaz, aku lepaskan dia masa tu. Perasaan aku lepas tu, macam terlepas beban berat. Lapang dada aku macam bernafas lega panjang. Mungkin sepatutnya kami bercerai dulu. Lepastu, bini aku meroyan. Dia call semua orang termasuk mak bapak bakal bini aku. Dia suruh aku kemas baju aku dan keluar dari rumah dia cepat. Masa aku balik nak pack baju, dia minta maaf menangis. Dia mengaku silap dia, janji nak berubah. Dia sayang rumah tangga kami. Dia tak boleh tanggung hidup sorang, dia masih perlukan aku. Dia minta aku rujuk dengan dia. Aku call mak aku, aku luahkan apa aku rasa. Aku mengaku aku gagal didik isteri aku dengan baik. Tapi aku tak cerita apa salah bini aku. Aku cuma tanya, apa aku perlu buat? Mak aku nasihatkan aku rujuk semula, kesian dengan anak2. Kalau tak sayang bini lagi, kesiankan anak2. Esoknya aku rujuk di mahkamah syariah dan aku pegang janji bini aku untuk berubah tapi aku masih teruskan niat untuk nikah lagi.
Hari raya 2014, kami balik kampung bini aku. Sedara mara dia perli dia “Tu lah kau, dulu bapak kau sibuk kahwin lagi kau sibuk serang mak tiri kau mengalahkan mak kau. Sekarang, padan muka.. laki kau orang amik!” Aku nampak dia nangis dalam bilik. Tapi aku tak pergi pujuk, aku biar dia pujuk diri sendiri. Mak mertua aku nasihat, nikah lagi jangan lupa anak bini yang sedia ada. Apa pun salah anak dia, dia minta aku maafkan.
Aku pun kata, aku tak amik hati pun. Aku dah biasa. Balik raya belah kampung aku, mak aku tak tanya pasal hal aku nak kawin lagi. Mak bapak aku jenis tak masuk campur hal anak asalkan anak2 tau jaga diri. Balik JB, bini aku cerita. Dia sentap balik raya kat kampung dia dgn kampung aku. Kat kampung aku dia lagi sentap dgn mak aku, dia cerita dia tengah borak dengan mak aku.. Mak aku tanya dia macam mana dia dengan bakal bini aku, dia jawab mungkin balasan untuk dia.. Mak aku kata “memang lah balasan, Allah uji kau.. sabar lah.. ” Dia cuma sentap sebab mak aku kata memang balasan utk dia. Pada aku, itu hal kecik. Orang tua biasa memang terlepas cakap, tak perlu kita nak sentap.
Sebab aku tak layan sentap bini aku, dia serang lagi bakal bini aku. Satu family dia serang. Dlm hati aku masa tu, laki mana lagi la boleh tahan dengan bini aku ni kalau bukan aku je? 20 tahun aku hidup dengan dia, aku tahan dengan perangai singa dia. Kalau laki lain, aku rasa makan kaki tangan jugak ni. Aku tengok bakal bini aku tu buat tak layan je bini aku meroyan kat rumah dia. Aku gelak je dalam kereta. Alahai bini, sayang jugak kau ni. Dah habis adegan serang menyerang kat rumah orang, bini aku call pulak bakal bini aku tu. Penat bini aku maki, dia jawab ok je. Habis call, bini aku tanya “Abg nak kawin dengan siapa ni? Budak ni tak ada perasaan ke? Penat saya je..” Aku diam kan je.
Lepas tu, bini aku dengan bakal bini aku baik. Shopping sama, makan sama, tengok wayang sama. Tenang hati aku, rezeki aku pun semakin murah bila diorang berbaik. Alhamdulillah. Tak lama kemudian, aku nikah lagi di songkhla atas permintaan bini pertama. Selamat nikah, aku sewakan bini muda aku rumah dekat je dengan bini pertama. Senang aku nak ulang alik. Dah poligami ni, bini pertama aku dah mula solat, mula tutup aurat. Alhamdulillah. Bahagia kejap je, bini pertama aku meroyan lagi. Halau aku dari balik rumah dia, siap campak baju depan rumah bini muda. Jiran-jiran semua nampak, kebanyakan jiran situ kawan2 aku. Bini muda aku, kutip satu persatu baju aku. Dia pun tak bagi aku balik rumah dia, aku pun tidur kat petronas dalam kereta. Pengalaman pertama, tidur dalam kereta kt petronas…
Tak lama lepastu, bini-bini aku baik semula… macam biasa keluar sama2. Aku tinggal dgn anak kat rumah layan WWE. Bini pertama aku kata tak payah balik rumah dia, sebab adik beradik dia selalu datang bermalam kat rumah. Jadi aku pun tinggal dengan bini muda tapi selalu balik juga sana tengok anak. Bini pertama aku mula berjinak dengan zumba. Dia kata bosan. Dia dapat kawan baru. Bini muda aku jenis duduk rumah, balik kerja duduk rumah. Susah ajak keluar berjalan, kecuali otak dia dah tepu sangat stress kerja dia ajak aku pergi karaoke. Dia minat sukan, tapi aku tak bagi join. Kalau dua bini aku sibuk dunia luar, aku kat rumah boleh tepu jugak.
Ditakdirkan Allah itu maha adil pada hambanya. Allah tunjuk lagi pada aku. Sekarang zaman smartphone, gadget, internet dan sebagainya. Bini aku pun ada fb/wechat/LINE/whatsapp/telegram. Kelebihan pada aku ialah, aku boleh baca otak dia. Password dia utk access semua tu aku boleh tau. Jadi, satu hari aku tak ada kerja kat site. Tangan aku gatal nak godek FB bini aku. Aku buka email dulu, tak jumpa apa-apa. Tapi masa aku nak sign out tu, dia suruh aku click google plus photos tak silap aku. Kat situ la terbongkar segala nya.
Aku jumpa gambar bini aku dengan jantan lain. Aku download satu persatu gambar tu aku simpan kat pendrive, siap print screen sekali kat komputer. Lepas tu aku buka FB dia pulak, aku baca mesej dia dengan 2 orang jantan lain. Yang aku kelakar 2 orang jantan tu kawan baik, kena game dengan bini aku. Gelak sorang aku. Aku tekan bahagian photo kat FB, ada yg sync with phone. Kat sini la kelebihan smartphone, jumpa lagi banyak gambar. Gambar keluar date, gambar screenshot conversation whatsapp/wechat, gambar lucah diorang semua ada. Aku istighfar. Aku download satu persatu jugak.
Anak jantan jangan kata kita kuat sangat, ego tinggi tak menangis bila kena macam ni. Kita ingat satu je, Allah ada. Allah akan balas. Tapi bila duduk sorang, mesti meleleh punya. Aku pejam mata, terbayang muka anak2 aku je. Aku tak nak lepaskan bini aku. So hari tu, aku tunggu bini aku balik kerja. Aku tanya dia pasal jantan2 tu. Dia tak mengaku. Aku kata tak apa, aku ugut bagitau mak dia perangai dia tak elok. Dia kata aku tak ada bukti, kes dulu kes lama. Aku kata, dulu tak ada bukti pasal tak ada smartphone, sekarang zaman berubah. Aku tahu apa dia buat belakang aku. Aku tunjuk gambar lucah dia. Dia terdiam. Aku cakap aku nak post kat fb. Dia takut, dia minta maaf. Dia kata tak ada contact lagi. Aku percaya (sebenarnya tidak).
Esok nya, aku buka lagi email & FB bini aku. Aku jumpa gambar terbaru. Kali ni terus aku cakap kat bini aku, kalau nak teruskan dengan jantan tu. Aku suruh kahwin dengan mereka. Bini aku tak nak. Aku kenal jantan tu, kawan sekolah bini aku. Aku pernah ikut bini aku pergi reunion sekolah lama dia. Dah kantoi macam ni, bini pertama aku meroyan kat bini muda aku lagi. Diorang gaduh lagi. Aku biarkan diorang settle sendiri. Aku pesan kat anak sulung aku, jaga ibu dan adik dia elok-elok. Sebab aku dah tak sebumbung lagi dengan anak-anak. Anak aku paham. Bini pertama aku asyik call supaya aku tak ceraikan, aku kata aku tak akan ceraikan. Aku biarkan masa tentukan mana hala tuju hubungan kami. Allah lebih tahu hati kami.
Bini muda aku, Alhamdulillah dari awal kenal sampai sekarang masuk 2 tahun nikah. Kalau bini pertama aku meroyan, serang, cari gaduh.. dia buat tak tahu. Datang rumah pecah barang pun, dia siap pelawa tidur rumah. Aku biasa tengok diorang bertekak mulut, aku duduk tepi tangga perhati kan je. Buat hiburan… tapi, macam mana buruk pun perangai bini ni.. jauh sudut hati. Suami tetap sayang. Kepada bro yang share masalah bini dia curang tu, aku faham kenapa kau tak cerai kan dia.
Malas semak kepala fikir hal bini ni, baik cari duit senang kan keluarga. Sekarang, aku bahagia dengan bini muda. Bini pertama, aku bagi nafkah duit tiap bulan. Aku dah niat, selangkah dia dalam maksiat tanpa pengetahuan aku. Semoga Allah membalasnya dengan setimpal. Aku cari rezeki untuk keluarga aku. Bini pertama aku sendiri pernah sumpah, kalau dia curang dia sanggup terima azab Allah. Aku pun redha. Bini pertama aku pun tak nak menjanda bila aku tanya pasal cerai.
Semua orang ada kegagalan dalam hidup. Kegagalan aku paling teruk dalam alam rumah tangga. Sangat menguji aku. Tapi bagi pengajaran yang tak semua orang akan faham. Hilang sebuah kasih sayang, hadir sebuah kebahagiaan.
Thanks admin. Maaf panjang cite. Aku tulis pengalaman sepanjang alam perkahwinan aku. Alam perkahwinan, kalau kena uji jangan cepat fikir cerai. Kunci dia sabar dan berserah pada Allah. Tapi kalau dapat pasangan kaki segala kaki, selamatkan diri anda… Assalamualaikum.
Sumber : KRT

Tuesday

DUNIA AKHIR ZAMAN!!Gara-gara terlalu mabuk, seorang wanita jadi 'SANTAPAN' di dalam bilik karaoke.!!(VIDEO)


Semakin hari semakin parah dan menjadi-jadi kebodohon yang dilakukan oleh kaum wanita. Ramai diantara mereka dengan mudahnya menggadai maruah dan harga diri semata-mata untuk hiburan dunia.

Jadi tidak hairanlah kenapa banyak terjadinya kes-kes wanita yang hamil tanpa ada ikatan pernikahan yang sah.

Macam seorang wanita ini yang sanggup menjadi 'santapan' dan hiburan buat lelaki-lelaki yang berhidung belang di dalam sebuah pusat karaoke ini.

Wanita itu pada mulanya dikatakan telah meminum arak sehingga membuatkan dirinya mabuk ketika berada di dalam pusat karaoke tersebut.

Dengan keadaannya yang separuh sedar itu telah membuatkan lelaki-lelaki yang ada didalam bilik karaoke itu cuba mengambil kesempatan terhadap wanita tersebut.

Tidak hairanlah jika wanita itu diperlakukan sedemikian memandangkan dirinya yang tidak pandai untuk menjaga maruah ketika mengikuti lelaki-lelaki tersebut. Mungkin saja wanita itu merupakan salah seorang pelayan di pusat hiburan itu.

Jika dilihat, wanita itu yang pada mulanya menari-nari di hadapan para lelaki tersebut akhirnya terjatuh di lantai kerana tidak dapat mengawal dirinya itu.

Peluang itu akhirnya dimanfaatkan oleh lelaki-lelaki tersebut untuk 'merasa' dan menikmati tubuh wanita itu semasa wanita itu di bawah pengaruh alkohol.



5 Lokasi Paling Menyeramkan Di Dunia

5  lokasi yang paling tidak mahu dijejaki manusia. Bukan setakat menyeramkan, namun sejarahnya sahaja boleh menaikkan bulu roma sesiapa sahaja.
1. Pulau Anak Patung – Mexico
1_44
Sebuah pulau di Mexico City yang dipenuhi dengan ratusan anak patung dengan rupa yang menyeramkan. Patung-patung ini diletakkan oleh pemilik pulau ini iaitu Julian Santana Barrera.
Puncanya adalah kerana Barrera menemui mayat seorang budak perempuan terapung di pulau itu satu masa dahulu.
Dia kemudiannya meletakkan patung-patung tersebut di seluruh pulau berkenaan kerana percaya ia mampu menakutkan roh jahat yang berada di pulau kecil itu.
2. Centralia – Amerika Syarikat
2_42
Jika anda pernah menonton filem Silent Hill, imej bandar ini tentunya tidak asing lagi. Pada asalnya, ia sebuah bandar perlombongan yang pesat membangun, namun telah ditinggalkan penduduk selepas lombong bawah tanah terbakar pada tahun 1962.
3. Hutan Aokigahara – Jepun
3_40
Terletak berdekatan dengan Gunung Fuji, ia dikenali penduduk tempatan sebagai hutan tempat bunuh diri.
Malah kerana kadar bunuh diri yang tinggi di hutan itu, pihak berkuasa tempatan meletakkan papan tanda yang meminta agar orang ramai yang berniat untuk berbuat demikian, supaya berfikir terlebih dahulu sebelum melakukannya.
4. Hutan Hoia Baciu – Romania
4_40
Mereka yang memasuki hutan ini dikatakan akan keluar dengan rasa pening yang teruk, loya, keletihan dan ada juga yang mengalami calar dan melecur yang teruk pada badan.
Ramai juga yang berkongsi kisah mendengar bunyi orang menangis, selain kisah masyarakat tempatan yang menceritakan bagaimana orang yang sesat dalam hutan itu tidak akan ditemui semula.
5. Resort San Zhi – Taiwan
5_33
Reka bentuk bangunan resort ini cukup menarik, namun ia tetap tidak membuatkan masyarakat lupa kisah seramnya.
Ia hanya sempat dihuni selama dua tahun sekitar tahun 1970an, dan mula ditinggalkan terbiar apabila terlalu banyak kematian berlaku di sini.
Kematian yang berlaku bukan sahaja membabitkan insiden-insiden ngeri di kalangan penghuni resort, malah mereka yang melalui kawasan-kawasan berdekatan resort tersebut.

DUNIA AKHIR ZAMAN!! Bomoh Cuba Perkosa pesakit Kerana Terlalu Cantik..!! Apa Yg Berlaku Lepas Tu Amat Mengejutkan...!!


Seorang dukun temberang telah ditahan ketika cuba melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seorang pesakitnya. Kegiatan lelaki berusia 48 tahun itu telah dilaporkan oleh penduduk setempat di Seremban kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Jheains) sebelum mereka menyerbu pusat kegiatan lelaki terbabit.

Mangsa yang berusia 24 tahun dikatakan telah menghubungi suspek untuk menerima rawatan secara Islam sebagaimana yang diberitahu suspek. Pada awal pertemuan mereka, wanita terbabit memaklumkan bahawa dia mempunyai masalah untuk mendapatkan anak.
Suspek yang cuba memperdayakan mangsa terlebih dahulu membaca ayat-ayat al-Quran dalam memulakan rawatan terhadap mangsa.
Selepas itu, dia mula menikahi mangsa secara batin yang jelas terpesong dari ajaran sebenar agama Islam. Selepas itulah dia mula untuk melakukan s3ks dengan mangsa namun percubaan suspek berjaya digagalkan oleh Jheains yang menyerbu ke rumah suspek yang juga tempat dia mengubati mangsa hasil laporan masyarakat setempat.
Jheains merampas beberapa barangan milik mangsa termasuklah senaskah al-Quran dan satu kitab yang dipercayai untuk memperdayakan mangsa.
Ahmad Husaini berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 49 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan kerana mempermainkan ayat Al-Quran; Seksyen 50 Enakmen sama kerana mencemar dan menghina Agama Islam; dan Seksyen 77 Enakmen sama kerana memikat wanita untuk melakukan niat jahat

MENYERAMKAN!! Abaikan GADIS Yang TENGAH Mengisi MINYAK.. Anda NAMPAK Tak MAKHLUK Aneh Yang Kat BELAKANG Tuu??

MENYERAMKAN!! Abaikan GADIS Yang TENGAH Mengisi MINYAK.. Anda NAMPAK Tak MAKHLUK Aneh Yang Kat BELAKANG Tuu??





Sumber >> http://akuhebat8385.blogspot.my/

“ADA ‘SESUATU’ MENUMPANG DI BELAKANG BABY SAYA”

Assalamualaikum mommy & bakal mommy.. saya ingin share kisah saya sebagaiai iktibar untuk mommy2 semua.. Apapun sebagai umat Islam kita sememangnya percaya Allah. S.w.t penyembuh segala penyakit. Sejak selasa lepas baby saya kuat myusu. baby saya 2 bulan nak masuk 3 bulan n fully bf. Dia tido tak pernah lena. Asyik menyusu je. Tido tak sampai 10 minit da menangis-nangis nak susu. Sampaikan puting saya luka.
Dan saya demam kuat satu badan sakit-sakit. 4 hari saya terlantar… Sampaikan saya terpaksa bagi susu formula pada baby saya sebab dia sentiasa lapar. Semalam bapa mentua saya suruh saya bawa baby saya pada adik sepupunya yang pandai mengubat perubatan islam.
Tadi saya pergi. Pakcik saya (adik sepupu bapa mentua) bogelkn baby saya & baca beberapa surah.. bila dia pusingkn belakang badan baby saya.. airmata dia menitik. Terus dia marah tanya ada bawa baby kemana.. katanya ada ‘sesuatu’ yang menumpang pada belakang baby saya. ‘Sesuatu’ itu tak diberi makan oleh ‘ibubapa’ nya & yang menyusu selama ni adalah ‘sesuatu’ tu..
Pakcik saya hanya pegang je belakang baby saya tapi merah abis satu badannye..lepas selesai baca beberapa surah tu. dia suruh saya menyusukan baby saya kerana baby saya terlalu lapar katanya.. lepas je menyusu sepuas-puasnya.. Alhamdulillah baby saya tido lena & tak menangis or lapar lagi macam selalu..
Jadi saya ingin berkongsi pesanan pakcik saya kepada mommy semua. Setiap kali kita atau suami kita terutamanya balik dari sungai.. hutan.. laut.. atau blik tengah-tengah malam.. sebelom msuk rumah.. ludah kat luar 3 kali.. dan kata.. cukup smpai sini kamu ikut aku. Kemudian bacalah SubhanaAllahwalhamdulillahwalaillahhaillawahAllahuakbar.. inshaAllah semoga baik2 blaka.. saya cuma berkongsi kisah saya.. Allahualam.. apa pun hanya Allah s.w.t yang berkuasa.
Artikel ini dikongsikan melalui FB Sheila Nazilah

Anis Al Idrus Dedah Perangai Suami Lepas Kahwin


Baru saja sebulan mendirikan rumahtangga nampaknya pelakon serta pengacara, Anis Al Idrus mengakui bahawa kini dia mulai sedar perangai sebenar suaminya. Akui baru dengan perkara tersebut, Anis dalam masa yang sama mengakui segan kadang kala dengan perlakuan suaminya itu.
“Biasalah Artis Kongsi Gambar Peluk Suami”
“Sebelum kami kahwin, saya tak pernah tahu yang Rafzan pantang lihat barang bersepah. Apabila dah duduk serumah ini, barulah saya tahu itu perangai sebenar dia. Kadang-kadang segan juga saya apabila suami yang buat kerja-kerja rumah tapi dia memang suka melihat barang teratur mengikut kehendaknya,” kongsi Anis kepada mStar Online.
Sementara itu, pelakon berkenaan turut menyatakan perbezaan selepas berkahwin apabila dia sebelum ini lebih banyak menghabiskan masa sendirian kerana ibu bapa tinggal di Indonesia, mengakui sedikit pelik apabila sentiasa berteman.
“Saya dah biasa buat semua benda seorang diri. Mana tidaknya, saya anak tunggal dan mak ayah tak ada dekat Malaysia. Mereka tinggal di Indonesia. Dari kecil dah terbiasa, apabila kahwin ini rasa pelik pula ada orang teman. Tapi ianya sesuatu yang menarik sebab ada orang yang kita sayang sentiasa ada untuk kita,” katanya lagi

















sumber:www.rotikaya.com
loading...