loading...

Sunday

Tips Elak Bahang Dalam Kereta Walaupun Dibiar Parking Waktu Panas Terik

Tips Elak Bahang Dalam Kereta Walaupun Dibiar Parking Waktu Panas Terikkereta panas

Pernah tak bila pergi kerja, parking kereta dekat tempat tak berbumbung. Waktu lunch hour je nak guna kereta pergi makan. Buka-buka je “Wow! Panasnya!”, bahang dalam kereta menerpa. Sampaikan nak pegang steering pun tak mampu sebab panas betul. Terpaksa bukak pintu kereta luas-luas, start enjin dan pasang air-cond kuat-kuat dan biarkan ianya sebentar sampailah kereta sejuk sikit, betul tak?
Ada cara untuk nak skip kesemua bahagian ni. Korang tak perlu nak susah-susah buka kesemua pintu kereta dan tunggu sampai sejuk sikit. Paling penting sekali, tak perlu nak tinggalkan kereta dengan cermin kereta yang diturunkan sedikit. Bahaya tau! Bagi mengelak bahang dalam kereta terperap, hanya perlu pulas butang fungsi ini sahaja:
panel kereta elak panas
Sewaktu memandu pastikan korang tutup flap air cond kereta. Ini berfungsi agar perudaraan kereta beredar di dalam kereta sahaja dan mengekalkan udara yang sejuk dan nyaman sepanjang pemanduan.

panel kereta panas
Bila korang nak parking kereta di kawasan tidak berbumbung dan ditambah pula dengan cuaca panas, jangan pula tutup flap air cond tu. Sebaliknya, korang kena biarkan ianya terbuka agar bahang dalam kereta tidak terperap dalam kereta. Ini bertujuan agar udara keluar masuk dan mengekalkan kereta kurang panas. Tidak perlu nak turunkan cermin kereta untuk ventilation. Bahaya kalau orang cungkil melalui cermin untuk nak curi kereta kan?

No comments:

Post a Comment

loading...